Friday, June 26, 2015

SYRIA - 35 Maut Dibunuh IS



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 35 orang maut dalam satu serangan oleh kumpulan IS di Kobani, Syria berhampiran sempadan Turki tiga hari lalu, menurut kumpulan pemantau di negara itu.

Pemantau Syria bagi Hak Asasi Manusia menyatakan pertempuran itu masih berlanjutan di bandar sempadan itu yang juga dikenali sebagai Ayn al-Arab.

Serangan kumpulan IS bermula Isnin lalu dengan bom kereta berhampiran pintu sempadan antara Kobani dan Turki, disusuli pertempuran dengan militia Kurdis tempatan. - Reuters sumber

No comments: