Tuesday, June 23, 2015

Taliban Serang Parlimen AFGHANISTAN

KABUL 22 Jun - Seorang wanita dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun maut apabila tujuh anggota militan Taliban, menyerang bangunan Parlimen Afghanistan hari ini, sehingga mengakibatkan ahli Parlimen bertempiaran lari menyelamatkan diri. Insiden tersebut turut disiarkan secara langsung, menunjukkan keadaan huru-hara ketika kejadian berlaku. Bagaimanapun, semua suspek berjaya dibunuh pihak berkuasa.

 Laman web International Bussiness Times melaporkan, semua anggota militan termasuk seorang pengebom berani mati maut dalam serangan itu yang turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 orang awam cedera.

Serangan bermula apabila pengebom berani mati yang menaiki sebuah kereta, merempuh pintu pagar bangunan Parlimen.Baki enam lagi anggota militan yang berada di dalam sebuah bangunan berhampiran Parlimen, dibunuh selepas berbalas tembakan selama hampir dua jam dengan pasukan keselamatan. Menurut sumber, serangan dilancarkan ketika Presiden, Mohammad Ashraf Ghani memperkenalkan calon untuk jawatan Menteri Pertahanan kepada anggota Parlimen.

“Serangan ini jelas menunjukkan bagaimana pasukan perisik dan jabatan keselamatan gagal melaksanakan tugas dengan berkesan,” kata anggota Parlimen, Farhad Sediqi.

Menurut sumber, serangan merupakan sebahagian daripada tindakan ganas Taliban yang dikenali sebagai ‘peperangan mengejut’, ketika kumpulan militan itu terus mengorak langkah menawan beberapa kawasan di utara negara ini seperti di daerah Dasht-e-Archi dan Chardara. Ketua Polis Kabul, Ebadullah Karimi berkata, Senator dan anggota Dewan Negara selamat daripada serangan tersebut. – AFP/AGENS sumber

No comments: