Monday, June 29, 2015

TURKI Mahu Bina Dinding Konkrit Sempadan SYRIA

tembok pembatas'

Akhbar Miliyet Turki mengungkapkan bahawa pemerintah Ankara merancang membangun dinding konkrit di sepanjang perbatasan dengan Syria, untuk mencegah penyeludupan dan infiltrasi operasi bersenjata.

Dalam berita hari Sabtu (27/06), akhbar Milliyet mengatakan bahawa dinding tersebut dibangun dengan ketinggian 3.5 meter meliputi wilayah Hatay , Kilis, Gaziantep dan Şanlıurfa dengan kamera pengawasan dan kawat berduri.

Akhbar Milliyet memperkirakan bahawa pembangunan tersebut akan menelan dana sekitar 20 juta lira Turki ($ 10 juta).

Sementara itu ketika dihubungi secara terpisah oleh reporter Sky News Arab, walikota Sorotc di wilayah Şanlıurfa mengatakan bahawa dirinya belum mendapat keterangan rasmi dari pemerintah pusat mengenai rancangan pembangunan tembok tersebut.

Perlu diketahui bahawa perbatasan Turki-Syria memiliki panjang sekitar 911 km yang dijadikan militan asing sebagai tempat untuk menyebrang ke Syria bergabung dengan faksi perjuangan revolusi. (Skynewsarab/Ram) sumber

No comments: