Thursday, June 18, 2015

TURKI - Suleyman Demirel Meninggal Dunia



ANKARA: Bekas Presiden Turki, Suleyman Demirel, yang pernah digulingkan oleh tentera sepanjang mengetuai kerajaan, meninggal dunia awal pagi semalam.

Demirel, 90, pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebanyak tujuh kali sejak 1960-an hingga 1990-an. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Presiden pada tahun 1993 hingga 2000.

Pegawai hospital, Dr Aylin Cesur, berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Guven, Ankara, tempat beliau menjalani rawatan penyakit jangkitan saluran pernafasan.

 "Allahyarham sedar sehingga saat akhir dan mengucapkan selamat tinggal dengan cara yang aman dan baik," katanya.

Dilahirkan dalam sebuah keluarga petani di Isparta, wilayah Turki barat pada November 1924 dan berkelulusan jurutera awam. - REUTERS
sumber

No comments: