Thursday, June 18, 2015

UAE - Menghina dalam WhatsApp Boleh Dipenjara

Orang ramai termasuk pelancong asing tidak dibenarkan mengeluarkan

ABU DHABI 17 Jun – Jika anda merupakan seorang yang gemar mengeluarkan kata-kata kesat atau menghina kepada kawan-kawan menerusi aplikasi perkhidmatan mesej, WhatsApp, anda mungkin tidak akan dapat berbuat demikian jika mengunjungi Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Ini kerana pihak berkuasa di negara tersebut memperkenalkan undang-undang baharu yang boleh menyebabkan mana-mana individu yang mengeluarkan kata-kata kesat di dalam media sosial dikenakan hukuman penjara serta denda sehingga 250,000 dirham (RM254,930).

 Rakyat asing yang berkunjung ke UAE juga akan diusir sekiranya didapati bersalah melakukan kesalahan itu. Peraturan baharu itu diperkenalkan susulan kes seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya, yang didapati bersalah mengeluarkan kata-kata menghina kepada kawannya menerusi aplikasi tersebut, dan didenda 3,000 dirham (RM3,059) oleh pihak mahkamah. Mahkamah Agung Persekutuan yang beribu pejabat di Abu Dhabi, kemudian mengubah keputusan berkenaan yang dianggap terlalu lembut dan tertuduh perlu dikenakan hukuman yang lebih berat. Kes berkenaan kini dirujuk kepada Mahkamah Rayuan dan tarikh baharu pendengaran kes itu masih belum ditetapkan. Peguam defendan, Abdullah Yousef Al Nasir memberitahu portal berita 7Days, kebiasaannya orang ramai fikir mereka tidak akan dihukum jika mengeluarkan kata-kata kesat atau menghina walaupun kepada kawan sendiri.

 “Tetapi di UAE, undang-undang siber yang dikuatkuasakan boleh menghukum mana-mana penjenayah termasuk menghina individu lain melalui teknologi,” kata beliau. Dalam pada itu, polis UAE memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menunjukkan simbol lucah menggunakan jari tengah atau berdepan tindakan undang-undang.

Penguatkuasaan undang-undang tersebut adalah bagi mengekang gejala tidak sihat dalam kalangan pelancong asing yang sering bersikap biadab di tempat awam apabila berada di bawah pengaruh alkohol. -  sumber

No comments: