Monday, June 1, 2015

YAMAN - Beberapa Rakyat AS Ditahan

WASHINGTON: Beberapa rakyat Amerika Syarikat (AS) ditahan di Yaman, menurut Jabatan Negara, susulan laporan bahawa sekurang-kurangnya empat rakyat AS dijadikan tebusan oleh pemberontak Syiah.

Menurut seorang pegawai Jabatan Negara, ia sudah melihat "laporan bahawa beberapa rakyat AS ditahan baru-baru ini di Yaman". Menurutnya, Jabatan Negara "sedang berusaha mendapatkan pembebasan individu berkenaan".

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan bagaimana atau di mana mereka ditahan atau oleh siapa. - AFP  sumber

No comments: