Monday, July 27, 2015

25,000 Pemuda Akan Sertai Kem Latihan HAMAS Sepanjang 2015

ultah hamas

Sabtu pagi 25 Julai 2015, Briged Izzuddin Al Qassam rasmi membuka kem latihan militer kedua barisan “Pelopor Pembebasan” yang akan diadakan selama 1 minggu lamanya di Jalur Gaza, Palestin.

Seperti disiarkan koresponden pejabat berita Shorouk dalam pada Ahad (26/07) pagi menyatakan bahawa sekitar 25,000 pemuda Palestin dari Jalur Gaza mengikuti kursus latihan pada tahun 2015 ini.

Menurut keterangan rasmi Briged Izzuddin Al Qassam dalam acara pembukaannya menyatakan bahawa tahun ini latihan dibagi menjadi tiga kelompok, yang pertama adalah golongan usia dari 15 sampai 17 tahun, kemudian di kategori kedua usia 18 sampai 25 tahun, dan kategori bagi mereka yang berusia di atas umur 25 tahun.

Briged Izzuddin Al Qassam menjelaskan bahawa pelatihan ini bertujuan melahirkan generasi Palestin yang membawa budaya perjuangan dan mampu memikul tanggung jawab Pembebasan Palestin dari penjajahan Israel.

Pelatihan sendiri mengajarkan aspek-aspek militer seperti beladiri, menembak, kursus pertahanan awam dan pertolongan cemas, serta tsaqofah dan akhlak Islami sebagai bekal agama.

Pendaftaran sendiri teah dibuka Briged Izzuddin Al Qassam sejak tanggal 12 Jun lalu. Tercatat sekitar 17 ribu pemuda Palestin di Jalur Gaza mengikuti kem “Pelopor Pembebasan” pertama pada tahun 2014 lalu. (Shorouk/Ram) sumber

No comments: