Sunday, July 12, 2015

464 Hukuman Mati pada Tahun Pertama As-Sisi Memerintah

Mesir: Sebanyak 464 hukuman mati di tahun pertama pemerintahan Sisi

Observatorium Mesir untuk Hak dan Kebebasan telah melaporkan bahawa mahkamah militer dan awam Mesir telah menjatuhkan sebanyak 92,420 hukuman terhadap warga Mesir sepanjang tahun pertama pemerintahan Abdul–Fatah Al–Sisi, termasuk di antaranya 464 hukuman mati, sebagaimana disiarkan oleh MEMO, Sabtu (11/7/2015).

Dalam sebuah laporan mengenai pelanggaran proses pengadilan di Mesir, Observatorium itu mengatakan bahawa mahkamah awam Mesir mengeluarkan keputusan sebanyak 570 kes dan mahkamah tentera mengeluarkan keputusan sebanyak 17 kes. Menurut laporan itu, 92,420 orang Mesir telah dijatuhi hukuman di hadapan mahkamah militer dan awam. Dari 464 warga yang dijatuhi hukuman mati, tujuh telah dieksekusi.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa sebanyak 4,800 orang lainnya dijatuhi hukuman penjara hingga 39 tahun, sementara 772 dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Menurut laporan itu, mahkamah Mesir telah membebaskan 3,457 orang Mesir. Yang lainnya dibebaskan dari hukuman dan 214 orang dihukum kembali. -  sumber

No comments: