Sunday, July 12, 2015

Agama Islam Jadi Pilihan Golongan Muda di CHINA

aaaa

Sungguh ironis. Selama ini berita tentang penindasan pemerintah komunis RRC terhadap Muslim Uighur (Xinjiang/Turkistan Timur) menghiasi banyak media, namun diam-diam di dalam tubuh rakyat RRC sendiri, Islam tengah tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Dan hebatnya, Islam tumbuh dalam kalangan usia produktif, yakni di usia bawah 30 tahunan.

Menurut kajian yang dilakukan Sekolah Tinggi Falsafah di Renmin University of China, Islam memiliki jumlah pengikut terbesar dari kalangan warga China di bawah usia 30 tahun, melebihi agama Buddha dan Katolik di negara terbesar di Asia tersebut.

“Islam cenderung memiliki demografik yang lebih muda,” kata Wei Dedong, profesor kajian Buddha di Sekolah Tinggi Falsafah di Renmin University of China, yang turut mengambil bahagian dalam kajian itu, kepada Global Times, seperti yang dimuat oleh OnIslam.net (11/7).

Wei melanjutkan, majoriti Muslim di RRC berasal dari kelompok etnik minoriti, dan biasanya seorang muslimah dari kelompok itu melahirkan beberapa anak.

Berdasarkan Survei Agama RRC 2015, Islam punya jumlah pengikut tertinggi dari kalangan anak muda. Sekitar 22.4 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun. Selepas Islam ialah agama Kristian Katholik dengan 22 peratus. Sementara itu, lebih dari setengah penduduk China berusia lebih 60 tahun memeluk agama Buddha dan Taoisme. Kajian  itu dilakukan terhadap 4,382 orang di lokasi keagamaan di 31 wilayah yang dikumpulkan pada 2013 hingga 2015.

 sumber

No comments: