Friday, July 31, 2015

Aksi Ngeri Anak MALAYSIA di Bangunan Tertinggi Dunia

DUBAI 30 Julai - Atlet aksi ngeri dari Malaysia, Abudi Alsagoff berjaya mempamerkan gerakan `ben­dera manusia’ yang menjadi ikutan peminat aktiviti ekstrem pada tahun ini, semasa dia berada di tingkat paling atas bangunan tertinggi di dunia, Marina 101 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Mail Online melaporkan, aksi ‘bendera manusia’ yang kini menjadi kegilaan peminat aktiviti kecergasan dilakukan Abudi yang merupakan seorang atlet parkour dan akrobatik profesional, semasa dia berada di atas bangunan kediaman tertinggi di dunia itu pada 18 Julai lalu. Untuk sampai ke tingkat atas bangunan setinggi 432 meter dan masih dalam pembinaan itu, Abudi, 24, perlu menaiki 200 panel tangga sebelum melakukan gaya `bendera manusia’ yang tidak pernah dilakukan pada ketinggian tersebut sebelum ini.

 Abudi berkata, dia mengambil masa kira-kira satu jam untuk menaiki tangga dan menyelesaikan cabaran tersebut di dalam bangunan yang masih tidak mempunyai sistem pengudaraan kerana struktur bangunan berkenaan masih belum siap.

 “Agak luar biasa kerana anda dapat menikmati pemandangan memukau yang tidak pernah ditawarkan di tempat-tempat lain. “Habuk dan pasir di udara menjadikan pernafasan menjadi sukar dan tidak ada lampu di dalam bangunan itu membuatkan keadaan agak gelap sehingga memaksa kami menggunakan lampu telefon bimbit. Namun, secara keseluruhan, aktiviti itu merupakan pengalaman yang baik dan berpeluang menyaksikan pemandangan yang berbaloi,’’ kata Abudi.


Trend bendera manusia mula popular sejak April lalu selepas diperkenalkan jurulatih kecergasan dan bekas pemain ragi, Dave Jackson dan dikongsikan secara dalam talian oleh komuniti kecergasan yang menyaksikan peminat aktiviti ekstrem cuba meniru gaya tersebut. Untuk melengkapkan gerakan `bendera manusia’, seseorang individu itu perlu memegang permukaan menegak seperti perancah bangunan dengan kedua-dua tangan dan mengangkat bahagian atas badan pada kedudukan mendatar menggunakan kekuatan bahagian atas badan dan kekuatan perut. -  sumber

No comments: