Tuesday, July 28, 2015

AS dan TURKI Setuju Bebaskan Utara SYRIA daripada IS




ADDIS ABABA, Ethiopia: Amerika Syarikat (AS) dan Turki bersetuju untuk bekerja sama bagi membebaskan wilayah utara Syria daripada kumpulan IS, menurut seorang pegawai kanan AS.

 "Matlamatnya ialah untuk mewujudkan zon bebas IS dan memastikan keselamatan dan kestabilan sepanjang sempadan Turki dengan Syria," kata pegawai itu kepada AFP semasa lawatan Presiden AS, Barack Obama ke Ethiopia.

Menurutnya, butiran zon berkenaan "masih perlu diperincikan" tetapi sebarang "usaha bersama ketenteraan tidak akan membabitkan zon larangan terbang". - AFP sumber

No comments: