Tuesday, July 28, 2015

Bekas Presiden INDIA Abdul kalam Meninggal Dunia

Abdul Kalam

DELHI 27 Julai – Bekas Presiden India, A.P.J Abdul Kalam, yang menjadi ketua negara ini antara 2002 dan 2007, meninggal dunia, hari ini selepas dilaporkan jatuh semasa memberi ceramah di Shillong. Pemimpin berusia 84 tahun itu dikejarkan ke hospital Bethany di Shillong, Meghalaya selepas jatuh semasa memberi ceramah di Institut Pengurusan India pada kira-kira pukul 6.30 petang, lapor NDTV. Bagaimanapun, tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan tentang punca kematian beliau.

 “Bekas Presiden dimasukkan ke hospital Bethany dan keadaannya kritikal dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU),” kata Pengarah hospital Bethany, John Sailo Ryntathiang. Doktor dari Hospital Tentera dan Insitut Kesihatan dan Sains Perubatan Timur Laut Indira Ghandi (NEIGRIHMS) dikejarkan ke hospital Bethany untuk membantu merawat Kalam.

Kalam merupakan Presiden India ke-11 dan juga dikenali sebagai seorang santis. Beliau dilahirkan di Rameswaram, Tamil Nadhu dan merupakan seorang jurutera angkasa lepas dan ahli fizik. Dr. Kalam menghabiskan selama empat dekad membuat penyelidikan membangunkan senjata nuklear India dan industri pertahanan. – AGENSI -  sumber

No comments: