Thursday, July 16, 2015

Filem Rambo V, Rambo Bantu Syiah SYRIA

Sylvester Stallone

Industri hiburan terbesar di dunia asal AS “Hollywood” kembali akan mengeluarkan filem propaganda Rambo V dengan latar belakang peperangan koalisi internasional bersama pemerintah Syiah melawan pejuang Sunni di Timur Tengah.

Seperti yang disiarkan akhbar Daily Mail  British dalam terbitannya hari Selasa (14/07) lalu menyatakan bahawa dalam filem terbarunya, artis Sylvester Stallone yang berperanan sebagai tokoh Rambo akan membantu kaum Syiah memerangi pejuang Negara Islam.

Menurut maklumat bocor yang diperolehdari Sylvester Stallone, filem Rambo terbaru akan menceritakan kerjasama pahlawan khayalan AS dalam filem ini dengan milisi Syiah untuk mengalahkan pejuang Sunni yang kini sedang meraih kemenangan sebenarnya di Iraq.

Menurut catatan Daily Mail ini bukan pertama kalinya Rambo bertempur di kawasan Timur Tengah, setelah dalam Rambo III, Sylvester Stallone, bergabung bersama jajaran mujahidin Afghanistan melawan Soviet guna menyelamatkan mantan bosnya di Perang Vietnam.

Perlu di ingat bahawa filem Rambo digunakan Amerika Syarikat untuk membalikan fakta kekalahan pasukan AS dalam perang melawan vietkong di Vietnam antara tahun 1954 sampai 1975. (Rassd/Ram) sumber

No comments: