Friday, July 31, 2015

Gempa 4.2 Gegar Israel

Gempa berkekuatan 4 skala Richter kembali menggoncang wilayah selatan Israel pada Khamis (30/07) pagi waktu setempat, pasca 4 hari penyerbuan dan perosakan Masjid Al Aqsa pada Ahad (26/07) akhir minggu lepas.

Seperti disiarkan akhbar Yediot Aharonot Israel dari keterangan Institute Seismologi di ibu kota Tel Aviv menyatakan bahawa gempa dengan kekuatan 4.2 skala Richter terjadi pada pukul lima pagi waktu Israel.
Pusat gempa berada antara di kedalaman Laut Mati hingga kota Ashdod.

Sementara itu penduduk Palestin menyatakan bahawa mereka tidak merasakan adanya getaran gempa yang melanda wilayah Jalur Gaza yang berdekatan dengan kota Ashdod.

Muslim Palestin percaya bahawa gempa yang menggoncang wilayah selatan Israel pada Khamis pagi merupakan peringatan awal dari Allah Subhanahu Wata’ala, selepas pasukan keselamatan Yahudi menyerang dan merosak Masjid Al Aqsha pada Ahad pagi. (Dostor/Ram) sumber

No comments: