Tuesday, July 28, 2015

Gempa 7.0 Landa Papua



JAKARTA: Gempa kuat 7.0 magnitud melanda wilayah Papua, Indonesia, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerka Syarikat (USGS), namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Gempa berlaku jam 6.41 pagi waktu tempatan, kira-kira 250 kilometer di barat ibu negeri Jayapura di kedalaman 52km. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan selepas ia berlaku di bawah kawasan pergunungan di Irian Jaya.

 "Gempa amat kuat dengan gegaran lebih empat saat," kata jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho. "Penduduk panik dan lari keluar dari rumah masing-masing," katanya.

Beliau berkata, setakat ini tiada laporan diterima mengenai kerosakan kerana pusat gegaran terletak jauh di pedalaman dan sukar untuk dihubungi. - AFP  sumber

No comments: