Monday, July 27, 2015

Google Hapuskan Aplikasi Android HAMAS

Hamas pejuang utama

Google kembali menampakkan wajah anti-Islamnya apabila menghapuskan aplikasi android milik Hamas dalam laman Google Store pada Sabtu (25/07) malam.

Seperti yang disiarkan akhbar Yisrael Home dalam terbitannya pada Ahad (26/07) pagi menyatakan, “Aplikasi milik Hamas yang menceritakan sejarah perjuangan mereka telah dihapuskan pihak Google pada pukul 10.00 Sabtu malam.”

Menurut akhbar terkenal Zionis Israel ini menyatakan bahawa pihak Google sengaja menghapuskan apilkasi android milik Hamas yang digunakan untuk mempererat komunikasi dengan pendukung mereka.

Google beralasan bahawa apilkasi ini dianggap menyebarkan kebencian, rasisme, serta kekerasan terhadap suatu kelompok. Tindakan yang dianggap sangat memilih-milih oleh pihak Google, setelah dengan alasan yang sama mereka enggan menutup aplikasi yang berisi provokasi serangan terhadap umat Islam ataupun menghina sosok Nabi Muhammad ﷺ. (Alarabiya/Ram) sumber

No comments: