Sunday, July 12, 2015

IS Mengaku Serangan Bom di Kaherah



Kumpulan IS mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan bom kereta terhadap Konsulat Itali di Kaherah yang meragut nyawa seorang rakyat Mesir pagi semalam.

"Dengan izin Allah, askar IS berupaya meletupkan kereta yang mengandungi bahan letupan seberat 450kg di ibu pejabat Konsulat Itali di tengah Kaherah," menurut kumpulan itu menerusi akaun Twitter.

 "Kami menasihatkan orang Islam menjauhi kawasan keselamatan sedemikian kerana ia adalah sasaran yang sah untuk pejuang mujahidin." - Reuters  sumber

No comments: