Tuesday, July 7, 2015

Juara Kickboxing Sertai IS Meninggal Dunia



ZURICH: Bekas juara dunia kickboxer, Valdet Gashi yang meninggalkan rumah dan keluarganya di Jerman untuk menyertai kumpulan jihad di Asia Barat dilaporkan meninggal dunia di Syria.

Televisyen Switzerland, SRF hari ini memetik abang Gashi sebagai berkata, adiknya meninggal dunia Sabtu lalu namun masih tidak jelas punca kematian.

Gashi yang berusia 29 tahun warga Albania kelahiran Jerman, dikatakan mula mempunyai hubungan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) pada Januari lalu.

Dalam satu temubual menerusi telefon dengan SRF bulan lalu, Gashi berkata beliau sedang membantu untuk menubuhkan pergerakan khalifah moden di Syria. "Sekiranya saya mati ketika berjuang, saya amat berbangga," katanya.

Satu laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dikeluarkan pada Mei lalu menyebut, kira-kira 20,000 hingga 22,000 pejuang warga asing bergerak secara aktif di zon konflik Syria-Iraq apabila IS menguasai wilayah sempadan berkenaan. - Reuters sumber

No comments: