Friday, July 31, 2015

Jumlah Anak Dara Tua Meningkat 3 Kali Ganda di SAUDI

wanita-saudi

Satu kajian baru menunjukan bahawa jumlah anak dara tua di Arab Saudi pada tahun 2015 ini meningkat hampir 3 kali ganda jika dibandingkan dengan tahun 2010 lalu.
 
Dalam kajian yang dilakukan oleh pengamat sosial Ahmad Al Sinani menyatakan bahawa jumlah perawan tua di tahun 2015 ini mencapai sekitar 4 juta wanita, ini meningkat hampir 3 kali lipat jika dibandingkan dengan tahun 2010 yang berjumlah 1.5 juta wanita, seperti disiarkan akhbar Makkah.

Ahmad Al Sinani menjelaskan bahawa bertambahnya jumlah anak dara tua di Arab Saudi kerana tingginya perbelanjaan pernikahan dan jumlah mahar yang di inginkan oleh orang tua wanita, serta banyaknya pengangguran dalam kalangan pemuda Saudi menjadi penyebab semakin bertambahnya perawan tua di negara kaya minyak tersebut.

Menurut Ahmad Al Sinani, wang sebanyak 50 sampai 90 ribu riyal atau setara mesti disediakan calon pengantin laki-laki untuk menyelenggarakan majlis pernikahan mereka. (Almasryalyoum/Ram) sumber

No comments: