Sunday, July 5, 2015

MALAYSIA - Bayi Diterbangkan Angin Ribut Selamat



KOTA KINABALU: Seorang bayi diterbangkan angin dalam kejadian angin ribut di Kampung Dungang, Tuaran awal pagi tadi. Pegawai Daerah Tuaran, Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba, berkata ia berlaku ketika buaian bayi itu yang diikat pada alang bumbung rumah diterbangkan angin bersama bumbung rumah berkenaan.

 "Ketika itu bayi itu sedang tidur di dalam buaian. Apabila bumbung rumah itu tercabut kerana diterbangkan angin, buaian dan bayi itu turut sama diterbangkan angin," katanya.

Bayi itu kemudian ditemui di kawasan sawah padi berhampiran. Abdul Mohd Ibnu berkata, bayi itu kini dirawat di Hospital Tuaran kerana dia dipercayai patah kaki. "Dia berada dalam keadaan stabil," katanya. - BERNAMA  sumber

No comments: