Friday, July 24, 2015

MESIR - 4 Lagi Askar Maut di Sinai

Empat tentara junta Mesir tewas dalam serangan bom ranjau di Sinai

Empat askar Mesir terbunuh dalam ledakan jerangkap samar pada Khamis (23/7/2015) di Semenanjung Sinai di mana militer memerangi pejuang Islam. Seorang pegawai dan tiga askar maut apabila bom ranjau menghentam kenderaan mereka berhampiran kota perbatasan Rafah, ujar jurucakap militer di halaman Facebook nya seperti disiarkan AFP. Serangan datang beberapa hari setelah tujuh askar maut dalam serangan di pos pemeriksaan.

Sejak kudeta militer yang menggulingkan Muhammad Mursi dari kersi kekuasaan pada 2013 lalu, serangan terhadap polis dan tentera junta Mesir meningkat. Dilaporkan bahawa ratusan polis dan askar telah terbunuh dalam serangkaian serangan khususnya di Semenanjung Sinai. - sumber

No comments: