Thursday, July 16, 2015

MESIR Haramkan Aktiviri Syeikh Jibril

Sheikh Mohammed Jibril

Menteri Wakaf Mesir memutuskan untuk melarang Sheikh Mohammed Jibril dari kegiatan apa pun di dalam masjid seperti menjadi imam solat ataupun memberikan ceramah, selepas syeikh mendoakan pemimpin zalim Mesir dalam kebinasaan pada solat terawih di Masjid Amr bin Ash pada Isnin (13/07).

Dalam pernyataan Menteri Wakaf Dr.Mohamed Mokhtar Juma menyatakan bahawa Sheikh Mohammed Jibril dilarang datang kembali ke Masjid Amr bin Ash, dan melakukan kegiatan apapun di masjid manapun, sama ada menjadi imam, berceramah ataupun memberikan pelajaran agama.

Dr.Mohamed Mokhtar Juma menambahkan, “Barang siapa yang membantu Sheikh Mohammed Jibril untuk menjadi imam atupun berceramah, pihak berkuasa Mesir akan bertindak tegas terhadap orang tersebut.”

Tidak cukup sampai di situ, Dr.Mohamed Mokhtar Juma menyatakan hukuman juga berlaku pada setiap ceramah Sheikh Mohammed Jibril di radio dan stesen televisyen di Mesir, serta akan meminta secara rasmi kepada seluruh stesen televisyen di Timur Tengah untuk tidak mengundang beliau.

Perlu diketahui bahawa larangan ini bermula apabila Sheikh Mohammed Jibril melakukan doa qunut yang meminta pertolongan Allah Subhanahu Wata’ala dari penindasan para tentera dan Fir’aun di Mesir, pada malam 27 Ramadhan lalu. (Alarabiya/Ram) sumber

No comments: