Friday, July 31, 2015

Mullah Umar Disahkan Meninggal Dunia

Juru bicara IIA mengonfirmasi kabar kematian Mullah Umar

Jurucakap Imarah Islam Afghanistan (IIA), Zabiullah Mujahid, mengeluarkan sebuah pernyataan di akaun Twitter pada Khamis (30/7/2015) yang mengesahkan laporan kematian amir pertama mereka, Mullah Muhammad Umar rahimahullah, siar Long War Journal. Pernyataan tersebut diberikan untuk keluarga Mullah Umar dan Dewan Syura IIA.

Laporan kematian Mullah Umar merebak pantas di media seluruh dunia selama dua hari terakhir, saat pemerintah boneka Afghanistan mendakwa bahawa Mullah Umar telah meninggal dunia sejak April 2013. Namun IIA tidak memberikan perincian bila dan di mana Mullah Umar meninggal dunia.

 Pernyataan yang dikeluarkan oleh Zabiullah Mujahid mengatakan bahawa Mullah Umar menderita penyakit sejak lama dan keadaannya semakin buruk dua minggu terakhir sebelum dia menghembuskan nafas terakhir. Pesan tersebut juga mengatakan bahawa Mullah Umar, tidak pernah meninggalkan Afghanistan satu hari pun selama 14 tahun sejak 11 September 2001.

Menurut beberapa laporan, IIA telah menunjuk amir baru menggantikan Mullah Umar, mereka memilih Mullah Akhtar Mansoor hafidzahullah. Sumber IIA telah mengatakan kepada media bahawa Siraj Haqqani telah ditunjuk sebagai wakil Mansoor, sumber LWJ. Siraj adalah anak lelaki bongsu dari Jalaluddin Haqqani, seorang komandan veteran yang berjuang melawan Soviet selama tahun 1980-an. - sumber

No comments: