Wednesday, July 8, 2015

NIGERIA - Bom Nekad, 25 Maut

KANO: Sekurang-kurangnya 25 maut dalam serangan pengebom nekad yang menceroboh pejabat kerajaan di utara Nigeria, semalam. Serangan yang disyaki dilakukan kumpulan Islam Boko Haram berlaku di Bandar Zaria, kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan ketika guru sekolah rendah dan pekerja awam sedang berbaris untuk pemeriksaan keselamatan sebelum memasuki bangunan.

"Bahan letupan dipercayai dibawa oleh pengebom berani mati yang mengorbankan 25 orang termasuk dua kanak-kanak," kata Gabenor Negeri Kaduna, Nasir El-Rufai. El-Rufai dalam posting akaun Facebooknya berkata, seramai 32 lagi cedera dan mereka sedang dirawat di hospital.

Bandar Zaria, yang kebanyakannya didiami penduduk Islam terletak kira-kira 75 kilometer di utara ibu negeri Kaduna yang juga berdekatan sempadan antara Katsina dan Kano.

Dalam kejadian berasingan, saksi berkata seorang pengebom nekad wanita meletupkan dirinya berdekatan pusat pemeriksaan tentera di Negeri Borno yang mengorbankan empat orang. Serangan berlaku di perkampungan Sabon Gari, kira-kira 110 kilometer dari Maiduguri. - AFP sumber

No comments: