Wednesday, July 15, 2015

Rusuhan di Low Yat, Ali Tinju Ditahan

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kekecohan yang mengakibatkan rusuhan di Plaza Low Yat di sini Sabtu lalu memaksa polis menahan enam lagi individu termasuk Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom atau Ali Tinju, 43.

Penahanan hari ini menjadikan seramai 25 individu diberkas termasuk seorang konstabel polis bantuan yang berkhidmat di sebuah syarikat badan berkanun negara, yang ditangkap di Jalan Persiaran KLCC pada pukul 1 petang ini. Empat lagi individu yang ditangkap adalah jurujual telefon bimbit di Plaza Low Yat. Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun itu ditahan polis pada pukul 4 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, Mohd. Ali ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 11.30 pagi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948. Menurutnya, Mohd. Ali ditangkap berikutan satu laporan polis yang dibuat seorang pegawai polis, berikutan penyebaran video bertajuk ‘Terkini Video Kekecohan Di Plaza Low Yat’ yang menunjukkan satu lelaki berbaju putih memberi ucapan. “Hasil pemerhatian pengadu, ucapan berkenaan berbau hasutan dan boleh mendatangkan ketegangan antara kaum antaranya ‘kita mahukan keadilan dan ini adalah maruah budak-budak Melayu. Ini adalah bumi Melayu. “Laporan polis itu dibuat supaya pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya terhadap suspek tersebut kerana boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam berbilang kaum di negara,” katanya, di sini hari ini. Ujar Zainuddin, reman terhadap Mohd. Ali akan dipohon esok di IPD Dang Wangi.

Mengulas tentang penahanan konstabel polis bantuan itu pula, Zainuddin menjelaskan, lelaki tempatan berketurunan Melayu dan berusia 22 tahun itu ditahan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. “Dia telah direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis ini,” ujarnya. Sementara itu, Zainuddin berkata, empat jurujual telefon bimbit tersebut ditahan di tingkat UG Plaza Low Yat dan kini disiasat mengikut Seksyen 147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. “Mereka ialah Chong Wei Quan, 21, Tan Meng Yee, 19, Low Leong Seng, 29, dan Yong Kean Onn, 24,” katanya.

Dalam kejadian kelmarin, satu rusuhan yang mengakibatkan orang awam dan petugas media tercedera selepas pihak tidak bertanggungjawab cuba mencetuskan isu perkauman. Kejadian bermula apabila penggu­na laman sosial mendakwa berlaku penipuan pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan sementara siasatan polis pula mendapati kes itu melibatkan kecurian gajet tersebut.  sumber

No comments: