Wednesday, July 29, 2015

Senyap2 Fatah Berunding dengan Israel

Netanyahu-Abbas

Akhbar Zionis Israel, Haaretz, mengungkapkan adanya pertemuan rahsia antara Menteri Dalam Negeri Israel Silvan Shalom dengan Ketua negosiator Palestin, Saeb Erekat, di ibukota Jordan pada hari Khamis (23/07) minggu lalu.

Dalam laporannya pada hari Selasa (28/07) lepas, Haaretz menyatakan bahawa pertemuan rahsia tersebut diselenggarakan atas insiatif peribadi tanpa mengambil posisi rasmi dari pemerintahan Zionis Israel mahupun Palestin, meskipun Abbas dan Netanyahu mengetahui adanya pertemuan tersebut.

Menurut informasi yang didapat dari sumber yang boleh dipercaya kepada Hareetz mengatakan bahawa pertemuan 2 jam tersebut membahas langkah awal kedua negara untuk memulai kembali dialog perundingan damai yang terhenti sejak bulan April tahun 2014 lalu.

Sumber tersebut melanjutkan, “Abbas dan Netanyahu sebenarnya mengetahui pertemuan tersebut, akan tetapi kedua-duanyanya diam karena masing-masing delegasi tidak mewakili pemerintahan.”

“Amerika Syarikat bahkan tidak tahu mengenai pertemuan rahsia ini baik sebelum mahupun sesudahnya pertemuan berlangsung,” tambah sumber tersebut.

Sementara itu ketika disahkan berita tersebut, Mendagri Silvan Shalom mengakuinya dan mengatakan bahawa “Kami ingin melanjutkan perundingan segera dan tanpa pembatasan atau syarat,” tanpa mahu mengungkapkan perincian lebih lanjut mengenai isi pertemuan tersebut.

Silvan Shalom dipilih secara rasmi oleh Netanyahu sebagai juru runding pemerintahan Zionis Israel dengan Palestin, dua minggu setelah dilantik kabinet baru pemerintahan Tel Aviv pada awal bulan Mei lalu. (Almasryalyoum/Ram) sumber

No comments: