Thursday, July 30, 2015

Sudah 4 Dekad Universiti Al-Azhar Hilang Kemerdekaan

Masjid Al Azhar, Kairo

Profesor aqidah dan falsafah di Universiti Al Azhar, Prof. Amnah Naseer, menyatakan bahawa Al Azhar telah kehilangan kemerdekaan dan kebebasannya akibat campur tangan penguasa dalam 40 tahun ini.
Kenyataan ini dikatakan Prof. Amnah Naseer dalam keterangannya kepada portal berita online tempatan Mesir, elaph.com, menanggapi semakin menurunnya imej Al-Azhar di mata dunia.

“Campur tangan penguasa dalam urusan internal mahupun eksternal lebih-lebih lagi pada era mantan Presiden Husni Mubarak terhadap Al Azhar, telah menjadikan lembaga pendidikan tertua ini kehilangan wibawanya di dalam dan luar negara,” ujar Prof. Amnah Naseer.

Prof. Amnah Naseer melanjutkan, “Ini dapat kita lihat dengan keluarnya fatwa-fatwa yang dipolitikkan oleh rejim penguasa untuk tujuan kepentingan mereka berkuasa.”

“Al-Azhar memerlukan revolusi internal yang menyeluruh dari akar hingga para pemimpinya, jika ingin kembali berdaulat seperti di masa lalu,” ujar Prof. Amnah Naseer.

Perlu diketahui bahwa Husni Mubarak merubah tata cara pemilihan Grand Sheikh Al Azhar dan masayeikhnya yang sebelumnya tidak ada campur tangan pemerintah, menjadi mesti adanya persetujuan terlebih dahulu dari pihak penguasa. (Akhbarak/Ram) sumber

No comments: