Monday, July 27, 2015

SYRIA - Bashar Akui Kekurangan Tentera

assad

Ahad 26 Julai 2015, Presiden Syiah Syria Bashar Al Assad mengumumkan bahawa negara itu sedang menghadapi masalah kekurangan tentera yang serius, akibat adanya perang panjang pasca revolusi 2011 lalu.

Dalam pengumumamnya di stesen televisyen pemerintah, Bashar Al Assad mengatakan, “Syria dalam keadaan darurat kekurangan tentera akibat perang berkepanjangan dan kurangnya minat warga yang ingin mendaftar sebagai anggota militer.”

Assad melanjutkan, “Kekurangan kali ini telah menyebabkan kami menarik sejumlah tentera untuk memenuhi keperluan tentara nasional di tempat lain.”

Ini adalah pengumuman kedua yang dilakukan Assad dalam tempoh waktu dua hari terakhir, sebelumnya pada Sabtu (26/07) malam Presiden Bashar Al Assad mengumumkan bahawa negara itu mengampunkan warga yang melarikan diri dari wajib militer ataupun melarikan diri dari kesatuannya.

Perlu diketahui bahawa bantuan dari milisi Syiah Hizbullah Lebanon dan Iran menjadi kunci masih bertahannya Bashar Al Assad ditampuk kekuasaan hingga tahun ke lima revolusi Musim Semi Arab berlangsung. (Bbcarabic/Ram) sumber

No comments: