Saturday, August 1, 2015

Al-Qassam Akan Balas Pembakaran Bayi oleh Pemukim Yahudi

al-Qassam

Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata gerakan Hamas, berjanji kepada entiti Zionis bahawa pihak mereka akan bertindak-balas ke atas kejahatan yang dilakukan pemukim Yahudi yang telah membakar bayi Palestin di Nablus.

Izzuddin Al-Qassam, pada hari Jumaat, mengatakan bahawa pejuang Palestin memiliki hak untuk menanggapi dengan cara yang memungkinkan untuk membalas kejahatan pembakaran bayi Palestin di Tebing Barat.

Seorang jurucakap Al-Qassam, Abu Ubaidah mengatakan,”Orang-orang Palestin dan gerakan pejuang tidak akan pernah diam terhadapjenayah  yang dilakukan pemukim Yahudi di mana mereka telah membakar seorang bayi dan keluarganya di Nablus.” Abu Ubaidah menegaskan,”Musuh hanya mengerti bahasa perlawanan dan kekuatan.”

Abu Ubaidah juga menyatakan, “Para pemimpin Israel bertanggung jawab penuh terhadap pembakaran satu keluarga tersebut,: ia menekankan bahawa rakyat Palestina dan gerakan perlawanan tidak akan diam terhadap kekejian ini.

Pada Jumaat pagi,beberapa pemukim Yahudi, membakar sebuah rumah miliki keluarga Palestin di desa Duma, selatan Nablus, di Tebing Barat, saat keluarga tersebut berada di dalam, sehingga pembakaran itu mengakibatkan seorang bayi, Ali Dawabsyeh, meninggal dunia, sedang saudaranya (4 tahun) beserta kedua orang tuanya mengalami luka bakar yang serius. (hr/islammemo) sumber

No comments: