Tuesday, August 4, 2015

AS Lancarkan Serangan di SYRIA



WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan ia menggunakan kekuatan udara di Syria bagi mempertahankan kumpulan pemberontak yang disokongnya, sekali gus menunjukkan pembabitan lebih mendalam dalam perang saudara empat tahun itu.

Pentagon mengesahkan satu serangan udara dilancarkan Jumaat lalu bagi membantu kumpulan New Syria Force, sekutu kepada AS.

"Kami akan mengambil tindakan bagi mempertahankan New Syria Force yang kami latih dan lengkapkan dengan senjata," kata jurucakap Pentagon, Komander Bill Urban. "Serangan Jumaat lalu adalah yang pertama," katanya merujuk serangan udara di Syria itu.

Terdahulu, seorang pegawai pentadbiran berkata AS menyerang sekutu Al-Qaeda, Al-Nusra Front, sebagai tindak balas terhadap serangan ke atas kumpulan yang dilatih AS itu. Pentadbiran Presiden Barack Obama menyatakan ia bersedia mengambil "langkah tambahan" bagi mempertahankan pasukan yang dilatih dan diberikan senjata dan memberi amaran kepada Presiden Bashar al-Assad supaya "tidak campur tangan". - AFP  sumber

No comments: