Wednesday, August 5, 2015

CHINA Akan Bina Rel Kereta Api 11,000 km

peresmian jalur kereta cina-jerman

Mencontohi kejayaan Mesir membangunkan jalur perdagangan iantarabangsa Terusan Suez, Selasa 4 Ogos 2015 pemerintah Cina mengumumkan pembangunan rel kereta api terpanjang di dunia yang akan menjadi jalur ekonomi darat terpanjang di dunia.

Menurut akhbar Rassd dari pejabatberita Wai Arabi menyatakan bahawa jalur kereta api yang akan dibangun pemerintah Cina memiliki panjang 11 ribu kilometer yang akan menghubungkan antara Cina dan Eropah.

Jalur ini nantinya akan melewati sekitar 6 negara-negara Eropah dan tiga negara Asia, yang membentang dari kota Hunkinj di China ke kota Duisburg di Jerman.

Dalam perasmiannya pemerintah China berharap bahawa jalur darat ini dapat lebih mempercepat arus perdagangan antara China dan Eropah, serta negara-negara lainnya yang dilewati laluan ini seperti Kazakhstan, Rusia, Belarus dan Poland, serta diyakini memiliki waktu tempoh lebih cepat dan efesian jika dibandingkan dengan menggunakan jalur laut yang melewati Terusan Suez.

Ini adalah projek raksasa kedua pemerintah China setelah pada bulan Disember tahun 2014 lalu mereka baru saja membuka jalur darat yang menghubungkan Cina hingga kota Madrid di Sepanyol. (Rassd/Ram) sumber

No comments: