Thursday, August 27, 2015

Hidup Semula Selepas Dikuburkan

Orang ramai cuba memecahkan kubur Neysi Perez selepas suaminya

LIMA 26 Ogos - Seorang remaja yang di­sahkan sudah meninggal dunia oleh doktor baru-baru ini, didakwa menjerit meminta tolong di dalam keranda sehari selepas dikebumikan. Mail Online melaporkan, Neysi Perez, 16, meninggal dunia selepas secara tiba-tiba rebah diri ketika mahu menggunakan tandas di rumahnya iaitu di La Entrada, barat Honduras.

 Dipercayai, wanita yang sudah berkahwin dan hamil tiga bulan itu tidak sedarkan diri akibat tekanan yang dihadapinya selepas terdengar bunyi tembakan dan disahkan meninggal dunia tiga jam kemudian. Sehari selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan La Entrada, suaminya, Rudy Gonzales yang masih lagi bersedih dengan pemergian isterinya terdengar jeritan daripada keranda Perez. Gonzales dengan pantas memberitahu perkara tersebut kepada pihak pengurusan kawasan perkuburan sebelum mereka memecahkan keranda yang diperbuat daripada simen konkrit itu. “Saya pergi melawat kubur isteri saya kerana saya sangat rindukan dia.

 Tiba-tiba saya terdengar jeritan dari dalam kerandanya. Saya mula berharap akan berlaku keajaiban. “Kami membawa Perez ke hospital berdekatan selepas kerandanya dipecahkan, namun doktor memberitahu isteri saya sudah meninggal dunia kerana kekurangan kan­dungan oksigen di dalam keranda,” jelasnya kepada agensi berita Pri­mer Impacto. Doktor percaya, Perez mengalami serangan panik sehingga menyebabkan jantungnya gagal berfungsi dengan baik. - sumber

No comments: