Saturday, August 29, 2015

IRAN Tayang Filem Nabi Muhammad

TEHERAN 28 Ogos - Filem Iran paling mahal yang mengisahkan zaman kanak-kanak Nabi Muhammad SAW, Muhammad mula ditayangkan di seluruh dunia, semalam dan me­nerima pujian daripada penonton. Filem arahan Majid Majidi itu menelan kos AS$40 juta (RM164 juta) dan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk disiapkan bagi menangkis persepsi buruk yang dilemparkan kepada Islam terutamanya daripada golongan Barat

Majid, filem selama 171 minit itu merupakan bahagian pertama daripada sebuah trilogi dan beliau mahu imej Islam dibersihkan daripada fahaman puak pelampau yang menyebabkan tanggapan negatif dalam kalangan agama lain. Majid menjelaskan, Islam merupakan agama yang mengajar tentang keamanan, kasih sayang serta persahabatan dan pada zaman ini, Islam dianggap sebagai agama radikal, fanatik, dan ganas walaupun persepsi sedemikian tidak betul.

 “Saya mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Islam merupakan agama yang indah menerusi filem ini. “Tindakan oleh kumpulan pengganas yang menggunakan nama Islam tidak ada kaitan dengan ajaran Islam,” kata Majid yang merujuk kepada tindakan militan Negara Islam (IS) yang melakukan pembunuhan dan memusnahkan tempat bersejarah di Syria dan Iraq. Sementara itu, rakyat Iran yang menonton tayangan perdana filem itu, Abolfazl Fatehi, 21, bersama tujuh ahli keluarganya, memuji filem berkenaan yang menonjolkan kisah sebenar tentang keindahan Islam.

“Saya rasa filem ini boleh menjadi permulaan kajian yang baik kepada mereka yang tidak mengenali Islam,” katanya. Seorang lagi penonton, Mehdi Azar, 25 berkata, filem berkenaan sangat panjang, tetapi masih mampu menarik perhatian untuk ditonton sehingga habis. – AFP  sumber

No comments: