Thursday, August 27, 2015

Jerebu di Riau Makin Memburuk

Gambar bertarikh 24 Jun 2013 merakamkan sebuah keluarga menaiki

JAKARTA 26 Ogos – Keadaan jerebu di wilayah Riau dan Jambi dekat Pulau Sumatera semakin buruk sejak beberapa hari lalu, sekali gus memaksa pihak berkuasa tempatan menutup sekolah dan mengarahkan pelajar agar tidak terlibat dalam aktiviti luar. Portal Jakarta Post melaporkan, berdasarkan pemantauan oleh Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik (BMKG) di Pekanbaru, tahap penglihatan di ibu wilayah Riau itu semakin menurun sehingga jarak 500 meter. Jelas laporan berkenaan yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Data dan Analisis BMKG, Slamet Riyadi, tahap penglihatan di bandar Rengat menurun kepada dua kilometer dan Dumai sebanyak tiga kilometer.

 “Jerebu juga memberi kesan buruk kepada kualiti udara di kebanyakan kawasan di Riau. “Buat masa ini, tahap pencemaran udara yang direkodkan antara sederhana dan tidak sihat iaitu antara 100 dan 199 mengikut bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU),” katanya.

Menurut Slamet, keadaan jerebu yang meliputi wilayah Riau datang dari selatan Sumatera di­sebabkan arah tiupan angin dari tenggara ke barat dan utara melalui Riau ekoran pengesanan 33 titik panas di Jambi dan 38 titik panas di Sumatera Selatan semalam. Jelasnya, satelit Terra dan Aqua juga mengesan enam titik panas di Aceh, dua di Lampung dan satu di Bengkulu, sekali gus dijangka memburukkan lagi keadaan je­rebu.

“Secara keseluruhannya sebanyak 85 titik panas dikesan di seluruh wilayah di selatan Sumatera,” ujar­nya. Kebakaran hutan yang mencetuskan jerebu teruk di daerah Mendahara Ulu dan Tanjungjabung Timur di wilayah Jambi masih berlaku dan pihak bomba bertungkus-lumus untuk me­madamkan api. Pihak berkuasa tempatan mengedarkan topeng muka secara percuma kepada penduduk tempatan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran tahap kualiti udara yang semakin buruk. - sumber

No comments: