Monday, August 17, 2015

MALAYSIA - 3 Kereta Ketua Pegawai KADA Dibakar

KOTA BHARU 17 Ogos - Tiga buah kereta milik Ketua Pegawai Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) Jajahan Tumpat musnah dibakar dengan menggunakan ‘molotov cocktail’ di Bukit Marak di sini awal pagi ini.

 Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Rosli Hassan, 58, bersama sembilan lagi ahli keluarga sedang tidur dan hanya tersedar apabila terdengar bunyi alat penggera kereta jenis Toyota Vios miliknya. Sebaik sahaja keluar, beliau mendapati tiga buah kenderaan miliknya termasuk kereta tersebut terbakar dari bahagian dalam.

Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM200,000 dalam kejadian yang dipercayai akibat perbuatan khianat itu. - UTUSAN ONLINE

No comments: