Monday, August 31, 2015

MYANMAR Sekat Pertukaran Agama

Gambar fail, sami-sami Buddha menghadiri pertemuan di Yangon bagi

YANGON 29 Ogos – Myanmar meluluskan undang-undang baharu yang menyekat pertukaran agama dan perkahwinan campur di negara ini, walaupun mendapat bantahan keras daripada Amerika Syarikat (AS) dan aktivis hak asasi manusia. Kementerian Penerangan Myanmar dalam satu kenyataan berkata, Rang Undang-Undang Perkahwinan Khas Wanita Buddha dan Rang Undang-Undang Pertukaran Agama yang dibuat di sebalik tekanan daripada kumpulan sami Budhha yang mempunyai agenda anti-Islam telah ditandatangani Presiden Myanmar, Thein Sein.

Kedua-dua rang undang-undang itu diluluskan oleh Parlimen minggu lalu sebelum diserahkan kepada Presiden. Undang-Undang Pertukaran Agama mengkehendaki seseorang yang memilih untuk menukar agama mereka supaya memohon dengan 'Lembaga Pendaftaran’ di peringkat daerah dan menyerahkannya untuk satu temuduga dan tempoh menunggu selama 90 hari. Undang-undang Perkahwinan Khas membenarkan pendaftar tempatan secara terbuka mempamerkan permohonan perkahwinan dalam tempoh 14 hari dengan sebarang bantahan dalam tempoh itu boleh dibawa ke mahkamah. Pasangan hanya boleh berkahwin sekiranya tiada bantahan dikemukakan. Kegagalan untuk mematuhi peraturan itu boleh membawa hukuman penjara selama 30 bulan, Wanita Buddha di bawah umur 20 tahun juga memerlukan persetujuan keluarga bagi mengahwini lelaki yang bukan daripada agama berkenaan.

Menurut pertubuhan Human Right Watch, undang-undang itu merupakan percubaan yang disengajakan untuk mengelak perkahwinan campur. Mei lalu, Thein Sein meminda Rang Undang-Undang Penjagaan Kesihatan Kawalan Penduduk yang mengkehendaki ibu daripada beberapa daerah di negara ini menjarakkan kelahiran anak mereka bagi tempoh tiga tahun. – DPA  sumber

No comments: