Thursday, August 27, 2015

Permaisuri Rania Bercakap Tentang IS



JOUY-EN-JOSAS: Permaisuri Rania dari Jordan berkata, masyarakat Islam tidak melakukan secukupnya untuk memerangi pejuang militan Kumpulan Negara Islam (IS) dan 'ideologi jahat' mereka.

Bercakap dalam satu pertemuan dengan ahli perniagaan penting Perancis, di sini, Rania berkata, usaha menentang perjuangan IS tidak akan berjaya kecuali umat Islam bersatu. "Kita berdepan dengan bahaya besar. Daesh atau IS terus menyebarkan ideologi jahat mereka. Umat Islam di dunia tidak melakukan secukupnya untuk memenangi pergelutan ideologi yang menjadi tumpuan dalam perjuangan ini. "Kita tidak secara aktif membantu Daesh, namun kita juga bukan secara aktif menghentikan mereka. Kita tidak boleh menentang mereka kecuali kita sebagai umat Islam bersatu dengan pendirian kita," katanya.

Rania berkata, setiap pihak perlu memberi perhatian kepada golongan belia di Asia Barat, yang kebanyakannya menganggur atau terpaksa melarikan diri dari negara mereka dalam usaha menentang kumpulan pelampau yang mengawal sebahagian besar kawasan di Iraq dan Syria di pintu masuk Jordan. - AFP sumber

No comments: