Tuesday, August 4, 2015

Presiden YAMAN Didakwa Berkhianat

Sebahagian penyokong setia Abdrabbuh Mansour Hadi berkawal di

DUBAI 3 Ogos - Bekas Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh mahu Presiden Yemen yang kini hidup dalam buangan, Abdrabbuh Mansour Hadi didakwa kerana mengkhianat dengan meminta bantuan Arab Saudi untuk menyerang kumpulan pemberontak Houthi.

Ali berkata, serangan tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi dan disokong Abdrabbuh merupakan satu kesilapan kerana Riyadh yang pernah menjadi sekutu rapat Yemen kini dianggap sebagai musuh negara ini. “Abdrabbuh meninggalkan tanggungjawab yang diberikan kepadanya dengan melarikan diri ke luar negara dan meminta tindakan keras dikenakan terhadap rakyatnya dan dia kini merupakan musuh kepada semua penduduk Yemen,’’ katanya kepada Huffington Post edisi Bahasa Arab dalam satu temu bual.

Beliau berkata, Abdrabbuh perlu perlu dibicarakan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ) atas jenayah yang telah dilakukannya. Jurucakap Abdrabbuh tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan berhubung kenyataan Ali itu. Abdrabbuh sebelum ini berkata, beliau meminta bantuan tentera Arab Saudi untuk menentang kumpulan yang cuba merampas kuasa daripada kerajaan pimpinannya yang diiktiraf oleh antarabangsa.

Pemberontak Houthi pada September lalu menawan ibu negara Yemen, Sanaa dan menyebabkan Hadi yang merupakan sekutu Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi, melarikan diri ke Riyadh. Pemberontak Houthi kemudian mara ke selatan dan menawan Aden, tetapi tentera bersekutu pimpinan Arab Saudi berkaya menawan semula bandar itu pada pertengahan Julai lalu. – Reuters - sumber

No comments: