Tuesday, August 18, 2015

Ringgit menjunam 4.1120 berbanding USD



KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut apabila dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini kerana kurang permintaan terhadap mata wang negara, kata seorang peniaga. Pada jam 9.15 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1120/1200 berbanding dolar AS daripada 4.1020/1110 pada penutupan semalam.

 "Sementara faktor luaran akan terus memainkan peranan menentukan hala tuju mata wang Asia, ringgit tidak menunjukkan tanda pengukuhan kerana kadar spot akan disebut harga dalam julat lebih kecil," kata peniaga itu.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain pagi ini. Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9184/9245 daripada 2.9117/9202 semalam dan turun berbanding yen kepada 3.3039/3116 daripada 3.2953/3028 semalam. Ringgit pulih sedikit berbanding pound sterling kepada 6.4073/4214 daripada 6.4200/4358 dan naik berbanding euro kepada 4.5540/5637 daripada 4.5565/5677. - BERNAMA  sumber

No comments: