Friday, August 7, 2015

SAUDI - 13 Maut, Bom di Masjid



RIYADH: Letupan dipercayai berpunca daripada pengebom bunuh diri menggegarkan sebuah masjid yang biasa dikunjungi anggota polis Arab Saudi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 terbunuh di bandar Abha, di sini, hari ini.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri berkata, sembilan lagi cedera yang mana tiga daripada mereka parah. Katanya, tiga yang terbunuh adalah kakitangan masjid yang digunakan anggota unit tindakan khas di Abha, di selatan wilayah Asir.

 "Pengganas menyerang jemaah yang sedang beribadat. Sepuluh anggota polis dan tiga kakitangan masjid terbunuh manakala sembilan cedera, tiga daripada mereka parah," katanya. Katanya, serangan itu dipercayai dilakukan pengebom bunuh diri, berdasarkan cebisan anggota badan yang di tempat kejadian serta rompi menempatkan bahan letupan.

"Setakat ini masih terlalu awal untuk tuduh siapa yang bertanggungjawab terhadap serangan ini," katanya. - AFP sumber

No comments: