Tuesday, August 4, 2015

Serangan Al-Qaeda, 11 Askar MALI Terbunuh

BAMAKO, Mali: Sebelas askar terbunuh dalam serangan "pengganas" ke atas kem mereka di wilayah Timbuktu di utara Mali, menurut kenyataan kerajaan.

Kumpulan berkaitan Al-Qaeda di rantau itu mengaku bertanggungjawab. Serangan kumpulan militan itu sebelum ini tertumpu di utara Mali tetapi mula merebak ke tengah negara itu awal tahun ini dan ke selatan negara itu Jun lalu dekat sempadan Ivory Coast dan Burkina Faso.

 "Kumpulan lelaki yang tidak dikenali menyerang pos keselamatan Mali National Guard awal pagi Isnin di Gourma-Rharous, kira-kira 140 kilometer ke timur Timbuktu," menurut kenyataan kerajaan.

"Angka korban ialah 11 askar manakala seorang lagi cedera."

Menurut agensi berita Al-Akhbar, kumpulan Al-Qaeda di Islamic Maghreb (AQIM) mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu.

 "Pejuang kami menyerang pada awal pagi di pangkalan tentera Mali di perkampungan ini dan kami berjaya membunuh sembilan askar," kata jurucakap AQIM, Abou Darda Al-Chinguitty, kepada agensi berita itu menerusi telefon. - AFP sumber

No comments: