Wednesday, August 5, 2015

Sinai - 4 Kanak2 1 Wanita Terbunuh



KAHERAH: Empat kanak-kanak dan seorang wanita terbunuh Selasa apabila serpihan meriam terkena rumah mereka di sebuah bandar di utara Sinai di mana tentera Mesir memerangi militan, kata pihak berkuasa keselamatan.

Mereka berkata wanita dan kanak-kanak itu termasuk seorang bayi perempuan lapan bulan, terbunuh di bandar Sheikh Zuweid, manakala masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan turut cedera.
Tidak jelas pihak mana yang melepaskan serangan oleh kerana kedua-dua tentera dan militan menggunakan senjata sama.

Utara Sinai adalah kubu kuat kumpulan jihad "Wilayah Sinai" sebelum itu dikenali sebagai Ansar Beit al-Maqdis, ia menukar namanya apabila berikrar taat setia kepada militan Kumpulan Negara Islam (IS) November lalu.

1 Julai lalu, kumpulan itu melancarkan beberapa siri serangan ke atas pasukan keselamatan di Sheikh Zuweid yang dikatakan tentera mengorbankan 21 anggotanya. Militan berkata serangan mereka dilancarkan sebagai maklum balas ke atas tindakan keras pihak berkuasa selepas presiden puak Islam, Mohamed Morsi disingkirkan, yang menyaksikan sekurang-kurangnya 1,400 terkorban manakala ribuan lagi dipenjarakan. - AFP  sumber

No comments: