Monday, August 17, 2015

SYRIA - 82 Maut dalam Serangan Udara



BEIRUT: Sekurang-kurangnya 82 orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara dilakukan kerajaan Syria di timur laut Damsyik, semalam. Pemantau Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), yang berpangkalan di Britain dan Pertahanan Awam Syria berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera dalam serangan di Douma iaitu kira-kira 15 kilometer dari timur laut Damsyik.

Katanya, sekurang-kurangnya sepuluh roket ditembak dalam serangan udara berkenaan dan mendakwa, pesawat perang mengebom sekali lagi selepas pekerja penyelamat tiba di tempat kejadian. "Ini adalah pembunuhan beramai-ramai," kata Pengendali SOHR, Rami Abdulrahman.

Sementara itu, sumber dari tentera Syria berkata, serangan udara ke atas Douma dan Harasta bertujuan mensasarkan ibu pejabat pemberontak kumpulan militan IS susulan tindak balas kumpulan sama yang menyerang tentera kerajaan di Harasta. - REUTERS sumber

No comments: