Tuesday, August 4, 2015

TURKI Berhadapan Politik Berdarah

Protesters attend an anti-war protest in central Istanbul, Turkey,
ISTANBUL 3 Ogos – Pemimpin pembangkang utama Turki menuduh Presiden Recep Tayyip Erdogan menghalang usaha untuk membentuk kerajaan campuran dan memberi amaran Turki akan berdepan ‘politik berdarah’ jika pilihan raya baharu diadakan, ekoran tindakan Erdogan melancarkan konflik terbuka dengan kumpulan militan Kurdis.

Parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan Islam (AKP) yang diasaskan Erdogan, menangguhkan sehingga hari terakhir rundingan awal dengan Parti Republik Rakyat (CHP) hari ini, ketika cuba mencari rakan baharu gabungan, selepas kehilangan majoriti di Parlimen pada pilihan raya Jun lalu.

 Keadaan tidak menentu di Turki selepas kerajaan melancarkan serangan udara ke atas pemberontak Kurdis daripada Parti Pekerja Kurdis (PKK) di utara Iraq dan anggota kumpulan militan Negara Islam (IS), dalam kempen yang dipanggil kerajaan sebagai ‘perjuangan serentak terhadap keganasan’.

“Saya memberitahu ini dengan ikhlas hati: Perdana Menteri Ahmet Davutoglu benar-benar bersedia untuk berunding dan membentuk kerajaan campuran dan menyelamatkan negara daripada masalah. ‘‘Tetapi, orang (Erdogan) yang menyandang jawatan Presiden tidak membenarkan,’’ kata pemimpin CHP, Kemal Kilicdaroglu kepada stesen Haberturk TV, lewat semalam.

Pembangkang menuduh Erdogan melancarkan serangan ke atas PKK bertujuan meraih sokongan dan melemahkan pembangkang pro-Kurdis, yang menang besar pada pilihan raya Jun lalu atas sokongan AKP. Kerajaan berkata, kempen serangan ke atas PKK yang menyebabkan proses damai gagal, adalah sebagai tindakan balas terhadap siri pembunuhan oleh militan Kurdis ke atas anggota dan pegawai tentera dan polis Turki.

 “Punca utama proses damai itu gagal adalah disebabkan Endorgan. Beliau secara terbuka menentang perdamaian,” dakwa Kilicdaroglu. AKP gagal membentuk kerajaan secara bersendirian selepas gagal menang majoriti pada pilihan raya Jun lalu, kali pertama sejak parti itu memerintah pada 1990-an, sekali gus meletakkan politik Turki dalam keadaan tidak menentu. – REUTERS -  sumber

No comments: