Tuesday, September 1, 2015

1 daripada 5 Kanak2 Israel Alami Jenayah Seksual

Satu kajian yang dilakukan oleh 2 akademi terkenal Yahudi mengungkapkan bahawa 1 daripada 5 orang kanak-kanak di wilayah Zionis Israel pernah mengalami kekerasan seksual.

Dalam penelitian yang dilakukan oleh profesor Rachel Lev Wiesel dan Profesor Zvi Ellisekovic terhadap 12 ribu orang berusia antara 11 hingga 17 tahun beberapa waktu lalu menunjukkan bahawa 1 daripada 5 orang dalam kalangan mereka pernah mengalami kekerasan seksual.

Profesor Rachel Lev Wiesel dan Profesor Zvi Ellisekovic menjelaskan bahawa semakin banyaknya kes jenayah seksual ke atas kanak-kanak di Zionis Israel kerana para mangsa malu untuk melaporkan kejadian tersebut, serta takut akan pembalasan pelaku jika mengadukan pelanggaran undang-undang kepada pihak berkuasa Zionis Israel.

Menurut hasil kajian yang diterbitkan akhbar Jerusalem Post dalam terbitannya pada hari Isnin (31/08) lalu menunjukan bahawa mangsa dari kalangan kanak-kanak lelaki adalahlebih banyak dibandingkan kanak-kanak perempuan.

Penelitian sendiri dilakukan secara rambang terhadap kanak-kanak dari kelompok-kelompok yang ada di Israel, kecuali kelompok ortodoks Yahudi yang menyatakan menolak ikut serta dalam survei tersebut. (Almasryalyoum/Ram) sumber

No comments: