Tuesday, September 15, 2015

2 Didakwa Galakkan Keahlian IS di Perlis

KANGAR 15 Sept. - Dua lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas kesalahan menggalakkan keahlian dalam kumpulan militan Negara Islam (IS), Ogos lalu. Tertuduh, Azlee Md. Salleh, 30, seorang pereka hiasan dalaman dan Ahmad Kamil Ghazali, 24, juru X-ray Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi di sini, Monica Joseph Ghasiah.

Dalam kertas pertuduhan itu, Azlee pada pukul 8.30 pagi pada 19 Ogos lalu di rumah No. 33, Jalan Dahlia 7, Taman Ira di sini didakwa atas kesalahan memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi bahan berkaitan kumpulan militan IS iaitu gambar bendera kumpulan tersebut pada pukul 8.30 pagi, 19 Ogos lalu. Ahmad Kamil pula pada pukul 7.50 pagi, 19 Ogos lalu di hadapan Kompleks Pentadbiran Taman Kechor, Taman Kechor Indah Fasa 2, Jalan Abi Tok Hashim memiliki penerbitan yang berkaitan kumpulan militan IS.
Kedua-duanya didakwa melakukan kesalahan sama di bawah Seksyen 130JB (1) (a) Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau boleh dilucut hak mana-mana item itu. - UTUSAN ONLINE  sumber

No comments: