Friday, September 11, 2015

2 Syarikat Halal Bersalah Eksport Daging

CEDAR RAPIDS, Iowa 10 Sept. – Dua buah syarikat pengedaran dan pengeluar sijil produk makanan halal, semalam mengaku bersalah mengeksport produk daging yang didakwa sebagai halal untuk dijual di Malaysia, Indonesia dan negara-negara lain. Syarikat MIdamar Corp. dan Islamic Services of America (ISA), masing-ma­sing mengaku bersalah di Mahkamah Cedar Rapids terhadap tuduhan bersubahat membuat kenyataan palsu berhubung sijil eksport, menjual daging yang salah dilabelkan, dan melakukan penipuan serta beberapa pertuduhan lain.

Setiap syarikat ber­kenaan didenda sebanyak AS$600,000 (RM2.597 juta). Syarikat itu juga mungkin menghadapi tempoh percubaanpengawasan apabila keputusan dibuat. Hakim Mahkamah Daerah, Linda Reade menolak pertuduhan tersebut sebagai kesalahan peraturan yang sepatutnya diuruskan oleh Jabatan Pertanian AS dan memutuskan pendakwa raya Persekutuan tidak melangkaui bidang kuasa mereka untuk mengendalikan kes berkenaan. MIdamar Corp, merupakan pengedar makanan, manakala ISA memberi persijilan halal kepada MIdamar dan beberapa syarikat produk makanan lain ke Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

 MIdamar yang dianggap peneraju ekport makanan halal dalam kenyataannya pada minggu lepas memaklumkan, perjanjian rayuan itu membatalkan semua dakwaan terhadap syarikat tersebut dan para eksekutifnya. Syarikat pengedar makanan itu kini bertanggungjawab sepenuhnya atas ke­salahan yang berlaku dari 2007 hingga 2012 dan meminta maaf atas apa yang berlaku. – AGENSI  sumber

No comments: