Tuesday, September 1, 2015

2 Tahun Taliban Sorokkan Kematian Mullah Omar

Taliban mengakui bahawa Mullah Omar meninggal dunia akibat sakit berpanjangan yang dideritanya pada 23 April tahun 2013, di salah sebuah hospital di wilayah Karachi, kota terbesar di Pakistan selatan.

Menurut pernyataan organisasi menjelaskan bahawa langkah ini diambil organisasi untuk menjaga dan menguji kekuatan para pejuang hingga ditariknya pasukan NATO dari misi mereka di Afghanistan pada tahun 2014 lalu.

Sebelumnya berita kematian pemimpin Taliban Mullah Omar muncul pertama kali pada akhir bulan Julai lalu, dimana badan intelijen Afghanistan menyatakan bahawa Taliban telah kehilangan pemimpin mereka sejak dua tahun yang lalu, tanpa dapat menyebutkan tarikh tepatnya Mullah Omar meninggal.

Taliban sendiri kini telah memiliki pemimpin baru, Mullah Mansour, yang baru sahaja dilantik pada 31 Julai lalu dalam sebuah pemilihan cepat dewan syura organisasi. (Skynewsarabia/Ram) sumber

No comments: