Saturday, September 19, 2015

43 Terbunuh dalam Serangan Taliban di Peshawar

Seorang mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di sebuah hospital

PESHAWAR 18 Sept. – Sekurang-kurangnya 43 terkorban selepas kumpulan militan Taliban Pakistan bertindak melancarkan serangan terhadap sebuah pangkalan tentera udara yang terletak di barat laut negara, hari ini. Tentera berkata, Taliban me­lancarkan serangan di kuarters di Pangkalan Tentera Udara Badaber tersebut pada waktu Subuh.

 Jurucakap tentera, Mejar Jeneral Asim Bajwa berkata, me­nyedari akan serangan itu, tentera bertindak mengepung penyerang dan berjaya membunuh sekurang-kurangnya 13 anggota militan terbabit. Katanya lagi, bagaimanapun, anggota kumpulan militan berjaya membunuh 21 orang yang sedang mengerjakan solat Subuh selepas mereka bertindak melancarkan serangan di sebuah masjid di kem berkenaan.

“Operasi mencari saki-baki anggota militan yang dipercayai masih berada di pangkalan ber­kenaan akan diteruskan. Kami turut memuji kecekapan yang dipamerkan oleh anggota tentera Pakistan,” jelas Asim. Serangan mengejut itu turut mengakibatkan sekurang-kurangnya 10 anggota tentera ce­dera. Kumpulan militan Tehreek-e-Ta­liban (TTP) dalam satu e-mel, mengaku bertanggungjawab me­lancarkan serangan yang dilakukan oleh ‘unit berani mati’ mereka. – AFP -  sumber

No comments: