Sunday, September 20, 2015

56 Askar SYRIA Terbunuh

tiga anggota kumpulan militan Barisan Nusra bergambar di atas

BEIRUT 19 Sept. – Kumpulan militan daripada Barisan Nusra dan kumpulan sekutunya membunuh sekurang-kurangnya 56 askar Syria ketika menawan lapangan terbang tentera, kata kumpulan pemantau, hari ini. Pengarah badan pemerhati itu, Rami Abdel Rahman memberitahu AFP, kumpulan militan tersebut menembak mati askar yang ditahan sebagai tawanan selepas menawan lapangan terbang Abu Duhur.

Beliau berkata, insiden pembunuhan di wilayah Idlib itu dilaporkan berlaku awal minggu ini, tetapi kumpulan pemerhati yang mengumpulkan berita daripada sumber-sumber mengesahkan kejadian itu hari ini. Kumpulan militan Barisan Nusra dan kumpulan sekutunya merupakan perikatan jihad Islam yang dikenali sebagai 'Tentera Penakluk' menawan lapangan terbang tentera di Abu Duhur itu pada 9 September lalu. Selepas mereka menawan pangkalan udara itu, mereka membunuh berpuluh-puluh tentera Syria dan menjadikan mereka sebagai tawanan.

Pakatan itu telah menawan hampir semua wilayah Idlib kecuali di Fuaa dan Kafraya, dua kawasan yang dihuni pengikut Syiah. Tentera Penakluk telah me­nggempur kedua-dua kampung itu semalam, meletupkan sekurang-kurangnya sembilan bom kereta, tujuh daripadanya merupakan pe­ngebom berani mati, kata pemerhati. – AFP  sumber

No comments: